Sebagai pemula bicara dan pengenalan diri adalah lebih elok kiranya diceritakan sejarah dan asal-usulnya Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 2 dan keujudan Prasekolah SK Limau Kasturi 2.
Sekolah ini letaknya adalah di Negeri Kelantan Darul Naim di dalam daerah Gua Musang iaitu Daerah Pedalaman di sini. Jaraknya dari bandar Gua Musang adalah sekitar 37KM dan sekolah ini dikategorikan sebagai sebuah sekolah pedalaman.
Mengikut Sejarahnya Sekolah ini telah ditubuhkan dan mula mengalami proses Pengajaran dan Pembelajaran pada awal tahun 1990. Dan sejarah Prasekolah bermula pada 02.01.2005 dengan satu kelas dibuka bersama 25 orang pelajar hingga kini.