KEMASUKKAN DATA PRASEKOLAH DI SK SRI CIKU 2
url : www.moe.gov.my/spk @ www.moe.gov.my/cms
Bengkel kemasukkan data Prasekolah peringkat PPD Gua Musang telah diadakan di SK Sri Ciku 2.
Lokasi : Bilik Gerakan SK Sri Ciku 2
Masa : 8.30 am hingga 12.30 pm
Peserta: Semua Guru Prasekolah Daerah Gua Musang
Semua sekolah diberi tempoh sehingga 15 Mei sebagai hari terakhir kemasukkan data ke dalam sistem. Semoga semua rakan-rakan dapat menunaikan tanggungjawab ini dengan jayanya.
SK Limau Kasturi 2 dah siap......
HARI KELUARGA GURU PRASEKOLAH PPD GUA MUSANG
* Dalam perbincangan tapi diharap semua guru prasekolah dapat hadir dan beri kerjasama yang padu.
PIALA THOMAS DAN PIALA UBER ( 09-16 MEI 2010 )
Piala THOMAS - 09 MEI 2010
MALAYSIA ( 5 ) VS NIGERIA ( 0 )*
Malaysia diberi kemenangan percuma setelah Juara Afrika itu tidak dapat hadir ke vanue
Piala UBER - 09 MEI 2010
MALAYSIA ( 5 ) VS AMERIKA SYARIKAT ( 0 )
Piala UBER - 11 MEI 2010
MALAYSIA ( 0 ) VS CHINA ( 5 )
* Malaysia layak ke pusingan suku akhir selaku naib juara kumpulan A dibelakang China
Piala THOMAS - 11 MEI 2010
MALAYSIA ( 2 ) VS JEPUN ( 3 )
* Malaysia layak ke pusingan suku akhir selaku naib juara kumpulan B dibelakang Jepun
11.00 pm 11 MEI 2010-(malam undian)
* Kali pertama dalam sejarah Piala Thomas dan Uber pasukan yang melayakkan diri ke pusingan suku akhir bukan lagi secara timbal balik tapi melalui undian.
* Piala Thomas - Malaysia lwn Denmark
* Piala Uber - Malaysia lwn Indonesia
12 MEI 2010
Piala UBER
MALAYSIA ( 0 ) VS INDONESIA ( 3 )
Piala THOMAS
MALAYSIA ( 3 ) VS DENMARK ( 2 )
* Skuad Malaysia membuatkan semua rakyat Malaysia dalam debaran hingga ke saat akhir. Tahniah dan syabas buat M. Hafiz Hashim kerana bangkit dan mempamerkan kembali permainan persis "Juara" All England 2003. MALAYSIA BOLEH!!!
Sama-sama kita beri sokongan di separuh Akhir nanti dengan pertemuan Prospek Juara ( Juara Bertahan ) - CHINA. Pertarungan yang dinanti-nanti...LEE CHONG WEI menentang LIN DAN. Siapa yang akan menjadi pemenang antara mereka berdua sama-samalah kita lihat pada 14 MEI 2010 jam 7.30 malam.
14 MEI 2010
Piala THOMAS - SEPARUH AKHIR
MALAYSIA ( 0 ) VS CHINA ( 3 )
* Malaysia tewas mudah kepada juara bertahan- CHINA dengan strait game bagi semua perlawanan. Chong Wei selaku pemain pilihan utama dunia tewas mudah kepada pemain China - Lin Dan.Namun kekalahan Chong Wei telah diduga kerana selama ini pun beliau gagal dan gugup bila berdepan dengan Lin Dan. Permainan beliau ketika itu dilihat berada setapak dibelakang Lin Dan dengan setiap pergerakkan beliau dapat dibaca oleh Lin Dan. Beregu utama negara juga tewas mudah walaupun semua pemerhati meletakkan harapan untuk menang pada perlawanan tersebut namun beregu China ternyata lebih unggul. Tiba giliran Choon Han harapan Malaysia sebenarnya sudah dikira terkubur kerana tiada sebarang harapan menang diletakkan padanya dan ternyata beliau tewas walaupun memberi sedikit tentangan di set pertama. Walau apapun, saya amat berpuas hati dengan persembahan skuad negara kerana skuad kita sebenanrnya agak kuat tapi China lebih kuat. CHINA akan bertemu INDONESIA dan sama-samalah kita lihat sehebat manakah CHINA ini bila berdepan INDONESIA. Adakah Indonesia mampu memberi tentangan atau menerima nasib yang sama dengan MALAYSIA
15 MEI 2010
Piala UBER - AKHIR
KOREA SELATAN ( 3 ) VS CHINA ( 1 )
Keegoan China yang selama ini mendominasi Piala UBER lebur hari ini dengan pemain-pemain harapan / utama mereka tewas mengejut kepada pemain-pemain yang dianggap underdog. China hanya mampu mencuri 1 mata pada second single mereka itupun dikatakan hanya kerana pemain Second Single mereka mengalami kecederaan belakang.
16 MEI 2010
Piala THOMAS - AKHIR
CHINA ( 3 ) VS INDONESIA ( 0 )
Nampaknya China terlalu unggul dalam Piala Thomas kali ini dengan membelasah semua pasukan bertanding dengan hampir tiada pungutan mata. Namun begitu, Indonesia tidak memberi laluan mudah kepada China walaupun Taufiq Hidayat gagal memberi sebarang tentangan bermakna, beregu pertama mereka Markis Kido/ Hendra Setiawan memberi tentangan sengit kepada Cai Yun/ Hai Feng dengan kekalahan rubber game. Perseorangan kedua mereka iaitu Simon Sontoso juga tidak memberi laluan mudah walaupun sebelum ini menerima sedikit kritikan dan menerbitkan keraguan penyokong dan pengurusan Indonesia dengan ingin meletakkan Sony Dwi Kuncoro sebagai perseorang kedua mereka jika Santoso gagal mencari rentak asalnya tapi pada kali ini beliau nampaknya telah menemui semula sentuhannya dan berjaya menerbitkan sedikit harapan pada permulaan saingan namun Chen Jin berjaya mengekangnya pada set penentuan. Tahniah buat kedua - dua pasukan termasuk pasukan Piala Thomas Malaysia.
* Terpikir juga, kenapa pasukan Hoki kita tenggelam dalam laporan harian sukan negara yang kini telah bangkit dan mengesahkan statusnya untuk kembali ke kedudukan asal mereka iaitu Top 10 pasukan terbaik dunia. Pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah yang tamat 16 Mei lalu Korea Selatan dan India dinobatkan sebagai Juara Bersama yang mana ia julung-julung kalinya diberi. Keputusan ini terpaksa dibuat walaupn ia amat mengecewakan penonton yang ingin melihat persembahan hebat kedua-dua pasukan. Ini kerana permainan mereka terpaksa dihentikan pada minit ke 12 selepas hujan makin lebat dan mengikut peraturan tanguhan perlawan selepas 45 minit masih belum dapat disambung maka perbincangan penganjur bersama pengurusan pasukan yang bertanding telah mengambil keputusan sebulat suara Juara dinobatkan secara bersama ( admin pun kecewa kerana .... hockey is my favourite game! ). Malaysia pula ditempat ke-4 selepas tewas bermaruah kepada Juara Dunia tahun 2009 iaitu Australia dengan keputusan 3-5. Tahniah!!